Keterangan:
Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (BAT/S) membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.
Objektif:
Membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.
Tatacara Permohonan:
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui pautan www.ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM3,000.00 Sebulan
- Bukan Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan.
- Disyorkan Oleh Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan (kerajaan / Swasta) Atau Pegawai JKM Mengikut Jenis Ketidakupayaan.
- Permohonan BAT/S Bagi Tujuan Kosmetik Adalah Tidak Dibenarkan.
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Bukan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan. Penjawat Awam boleh merujuk permohonan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dinyatakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kemudahan Perubatan: Versi 1.0 (2022) berkuat kuasa 1 Januari 2022;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
- Disyorkan oleh Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan (kerajaan / swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;
- Permohonan BAT/S bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan.
- Kelulusan bantuan alat tiruan / alat sokongan oleh Jawatankuasa Kelulusan BAT/S adalah dihadkan pada kadar maksimum RM10,000.00 sahaja;
- Sekiranya kadar harga alat tiruan / alat sokongan melebihi kadar RM10,000.00 sehingga kadar maksimum RM20,000.00, Jawatankuasa Kelulusan BAT/S perlu mengangkat permohonan kelulusan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-sekaligus
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)