Keterangan:
Elaun bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
Objektif:
Bantuan ini bertujuan untuk membiayai keperluan pembelian keperluan persekolahan bagi murid-murid OKU di samping meringankan beban kewangan ibu bapa murid OKU dalam menampung keperluan pembelian keperluan khas bagi pembelajaran anak-anak mereka.
Murid Sekolah Menengah
- Murid warganegara Malaysia
- Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bermula dari prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, tingkatan 6 di SK atau SBK termasuk pelajar di Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan МBРК yang mengikuti pembelajaran di Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta yang dibiayai penuh oleh KPM
- Memegang kad OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/ insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan KECUALI MBPK yang menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) di Kolej Matrikulasi
- EMBPK juga telah dipanjangkan manfaatnya kepada kanak-kanak autisme di Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal PERMATA Kurnia mulai 20 September 2019
RM150 x 12 bulan (tertakluk kepada jumlah bulan yang melayakkan murid untuk menerima EMBPK)
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/elaun-murid-berkeperluan-khas-emk
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)