Skip to main content

Keterangan:
Bantuan Persekolahan (BSK) disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.

Objektif:
Pemberian Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan dilihat boleh membantu meringankan bebanan kewangan Veteran ATM.

Tatacara Permohonan:
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran. Semua permohonan BSK perlu dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa

Pendidikan
Kumpulan Sasar
  1. Veteran ATM
  2. Pelajar
Syarat Permohonan
  1. Veteran ATM (Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak dan Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa)
  2. Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak memohon bantuan ini.
  3. Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  4. Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  5. Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.
Kadar Bantuan
  1. RM500 setahun bagi sekolah rendah.
  2. RM700 setahun bagi sekolah menengah/vokasional.
FAQ

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jhev.gov.my/en/home

Agensi Pelaksana
  1. Kementerian Pertahanan
  2. Jabatan Hal Ehwal Veteran
Mohon di sini
https://www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan.html?view=article&id=31&catid=14