Skip to main content

Keterangan:
Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) dahulunya dikenali sebagai inisiatif MyBas telah lama diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun 2015 lagi. Perkhidmatan ini turut dirangka bagi memastikan penumpang memperolehi perkhidmatan bas sepanjang laluan sosial yang dahulunya kurang mendapat sambutan, di samping mengurangkan pertindihan laluan bas agar rangkaian perkhidmatan tersebut mencapai tahap optimum. Kerajaan memantau prestasi Pengendali Rangkaian yang dilantik melalui 3 KPI utama yang perlu dipatuhi, iaitu dari aspek ketepatan masa, ketersediaan dan kebolehharapan perkhidmatan. 

Objektif:
Program ini berobjektif menambahbaik liputan dan operasi perkhidmatan bas berhenti-henti di ibu-ibu negeri dan kawasan luar Lembah Klang agar lebih optimum, efisyen dan boleh diharap kepada rakyat. Laluan myBAS turut dirangka bagi memastikan penumpang memperolehi perkhidmatan bas sepanjang laluan sosial yang dahulunya kurang mendapat sambutan, di samping mengurangkan pertindihan laluan bas agar rangkaian perkhidmatan tersebut mencapai tahap terbaik.

Pengangkutan
Kumpulan Sasar

Penyedia Perkhidmatan Bas Berhenti-henti Dan Rakyat Setempat

Syarat Permohonan

Pengendali akan dilantik oleh pihak Kementerian Pengangkutan melalui proses tender. Pengendali yang terpilih dikehendaki untuk menyediakan perkhidmatan berdasarkan laluan dan jadual perjalanan yang telah ditetapkan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang diperlukan.

Kadar Bantuan

Tidak berkenaan

Agensi Pelaksana
  1. Kementerian Pengangkutan (MOT)
  2. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah
  3. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak
  4. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)