Skip to main content

Keterangan:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah mewujudkan Anjung Singgah yang berperanan sebagai pusat rujukan intervensi kepada golongan gelandangan produktif. Perkhidmatan yang disediakan meliputi tempat penginapan sementara, makan minum, saringan awal kesihatan, program intervensi kaunseling dan motivasi, rujukan bantuan sosial serta bantuan pekerjaan melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan. Sehingga kini KPWKM telah menubuhkan sebanyak lima (5) buah Anjung Singgah di lokasi bandar-bandar besar yang menjadi tempat tumpuan gelandangan iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Perak.

Objektif:

  1. Mengadakan intervensi awal kepada golongan gelandangan yang sihat dan produktif melalui pendekatan bimbingan dan kaunseling serta program intervensi yang bersesuaian.
  2. Menyediakan tempat penginapan sementara kepada golongan gelandangan produktif sebelum mereka mampu berdikari dan diintegrasikan ke dalam masyarakat.
Umum
Kumpulan Sasar

Gelandangan Produktif

Syarat Permohonan

Tiada Syarat Permohononan

Kadar Bantuan

Kemudahan tempat tinggal sementara, makan minum, kaunseling dan program pemantapan jati diri serta dibantu melalui program kerjaya atau "job matching"

FAQ

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://yknm.org.my/

Agensi Pelaksana
  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
Semak Lokasi
https://yknm.org.my/anjung-singgah-ykn/#1549514009604-72014604-858b