Skip to main content

Keterangan:
Bantuan Warga Emas (BWE) Sabah adalah skim bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan negeri Sabah untuk warga emas yang memenuhi syarat kelayakan. Bantuan ini bertujuan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas terus terpelihara.

Objektif:
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Tatacara Permohonan:
BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Umum
Kumpulan Sasar
  1. Warganegara Malaysia Dan Bermastautin Di Malaysia
  2. Berumur 60 Tahun Dan Ke Atas
Syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  4. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  5. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
Kadar Bantuan

RM600.00 sebulan seorang.

FAQ

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah/ Daerah Kecil di Negeri Sabah. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Agensi Pelaksana

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am

Mohon di sini
https://swaa.sabah.gov.my/