Skip to main content

Keterangan:
Pemberian biasiswa kepada atlet yang bergiat aktif serta mempunyai prestasi akademik yang baik

Objektif:

  1. Mengiktiraf dan memberi sumbangan kepada atlet murid yang cemerlang dalam sukan
  2. Memberi galakan dalam bentuk insentif kewangan yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan atlet murid
  3. Memastikan prestasi atlet murid dalam sukan di tahap cemerlang
  4. Membantu atlet yang mempunyai akademik yang baik serta aktif dalam bersukan dari segi sokongan kewangan yang dapat meningkatkan motivasi dalam mengekalkan prestasi sukan dan akademik yang cemerlang.
Pendidikan
Kumpulan Sasar
  1. Murid Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Menengah
Syarat Permohonan
  1. Murid warganegara Malaysia
  2. Tingkatan 1 hingga 5 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) atau Kolej Vokasional (KV) atau Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
  3. Cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)
  4. Keutamaan kepada murid yang terllibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM
  5. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/ insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Kadar Bantuan
  1. Tingkatan 1-4 dan Tahun 1 KV: RM70.00 x 12 bulan
  2. Tingkatan 5 dan Tahun 2 KV: RM70.00 x 11 bulan
FAQ

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/biasiswa-sukan-bs

Agensi Pelaksana

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)