Keterangan:
Program pembangunan latihan kemahiran TVET dan keusahawanan dengan penerapan elemen teknologi digital yang berupaya membantu komuniti yang terdiri daripada komuniti rentan untuk meningkatkan kemahiran dan sosioekonomi. Program ini akan dilaksanakan oleh 106 kolej komuniti di seluruh Malaysia.
Objektif:
Membantu komuniti rentan untuk meningkatkan kemahiran sedia ada dan mempelbagai kemahiran baharu selaras dengan keperluan semasa, di samping dapat membantu meningkatkan sosioekonomi.
- Wanita
- Warga Emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Orang Miskin
- Belia
- Orang Asli
Tiada Syarat Permohononan
Tidak Berkenaan
Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus yang ditawarkan, boleh layari media sosial kolej komuniti seperti laman sesawang, Facebook, dan lain-lain untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi terbabit.
- Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK)
- Kolej Komuniti Malaysia
- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)