Sumbangan subsidi kepada warga emas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Penerima subsidi adalah berdasarkan permohonan yang telah disaring dan dikumpulkan dari semua hospital di dalam Negeri Pahang. Pembedahan akan dijalankan di 4 buah hospital iaitu HTAA, HOSHAS, Hospital Lipis & Hospital Rompin. Subsidi ini diperluaskan kepada kanak-kanak dan OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pembedahan "second eye"
Warga emas menerima subsidi pembedahan katarak mata
• Pemohon perlu melakukan pendaftaran dan saringan melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) di hospital kerajaan Negeri Pahang
• Maklumat nama penerima daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang & Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Warga emas
• Warganegara Malaysia
• Anak kelahiran Negeri Pahang
• Pemohon mestilah Pemilih Berdaftar di Negeri Pahang
• Bermastautin di Negeri Pahang
• Warga emas berumur 60 tahun keatas (keutamaan diberikan kepada pesakit B40)
• Telah mendapat rawatan dan pemeriksaan di hospital
• Pendaftaran dan saringan perlu melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) di hospital kerajaan Negeri Pahang
RM 1200
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang