Keterangan:
Pemberian biasiswa kepada atlet yang bergiat aktif serta mempunyai prestasi akademik yang baik
Objektif:
- Mengiktiraf dan memberi sumbangan kepada atlet murid yang cemerlang dalam sukan
- Memberi galakan dalam bentuk insentif kewangan yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan atlet murid
- Memastikan prestasi atlet murid dalam sukan di tahap cemerlang
- Membantu atlet yang mempunyai akademik yang baik serta aktif dalam bersukan dari segi sokongan kewangan yang dapat meningkatkan motivasi dalam mengekalkan prestasi sukan dan akademik yang cemerlang.
Pendidikan
Kumpulan Sasar
- Murid Warganegara Malaysia
- Murid Sekolah Menengah
Syarat Permohonan
- Murid warganegara Malaysia
- Tingkatan 1 hingga 5 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) atau Kolej Vokasional (KV) atau Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
- Cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)
- Keutamaan kepada murid yang terllibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/ insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Kadar Bantuan
- Tingkatan 1-4 dan Tahun 1 KV: RM70.00 x 12 bulan
- Tingkatan 5 dan Tahun 2 KV: RM70.00 x 11 bulan
FAQ
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/biasiswa-sukan-bs
Agensi Pelaksana
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)