• Pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, guru dan pensyarah diberikan kad diskaun 30%
• Pelajar sekolah tahun 1 & pelajar dalam golongan miskin tegar bermula tahun 2 hingga tingkatan 5 dibekalkan dengan peralatan sekolah bernilai RM 100
Program Tunas Makmur iaitu pemberian Kad Diskaun sehingga 30 peratus kepada semua pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, guru dan pensyarah. Semua pelajar sekolah Tahun 1 dan pelajar dalam golongan miskin tegar bermula Tahun 2 hingga Tingkatan 5 dibekalkan peralatan persekolahan bernilai RM100
Tiada permohonan, maklumat nama penerima daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Pelajar sekolah
• Warganegara Malaysia
• Anak kelahiran Negeri Pahang Darul Makmur (ibu atau bapa merupakan anak kelahiran Negeri Pahang)
• Berdaftar di sekolah rendah pada tahun 2025
• Pendapatan isi rumah yang rendah (keutamaan kepada keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM 4,850 dan ke bawah)
• Permohonan melalui sekolah
• Tidak menerima bantuan sama dari sumber lain (bergantung kepada garis panduan semasa)
• Edaran kad diskaun oleh PPD kepada sekolah-sekolah
• Pemohon juga boleh mendaftar dan mengaktifkan kad di mana-mana cawangan MBS Books Store & Stationary di Negeri Pahang sahaja
RM 100
Unit Komunikasi Strategik, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang & PPD Daerah