Keterangan:
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
Objektif:
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Tatacara Permohonan:
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui pautan www.ebantuanjkm.jkm.gov.my
OKU
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
- Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
- Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor iaitu Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan;
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
- Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar/ Pegawai Perubatan/ Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian);
- Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
RM300 sebulan seorang
Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan#
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)