Skip to main content

Keterangan:
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) komited untuk membangunkan potensi modal insan menerusi peningkatan akademik dalam pelbagai bidang mengikut keperluan perkhidmatan. Keperluan ini selaras dengan perancangan CAP 55 iaitu untuk membangunkan warga udara yang cemerlang serta memenuhi keperluan masa hadapan TUDM dengan meningkatkan tahap pencapaian akademik. Ini adalah dengan menyediakan warga TUDM bersasar dengan kelayakan akademik yang lebih tinggi menjurus kepada bidang kepakaran yang akan ditentukan oleh Markas/ Bahagian yang terlibat dan akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Gabenor Pendidikan dan Latihan TUDM pada setiap tahun untuk kelulusan. 

Objektif:
Memperkasakan modal insan dengan menghantar Pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat TUDM mengikuti Skim Pengajian Tinggi Memperkembangkan lagi kapasiti intelektual dan kepakaran ke arah melahirkan tentera pintar Mempersiapkan TUDM sebagai sebuah Angkatan Masa Hadapan yang bersepadu, tangkas dan berfokus Membantu TUDM melahirkan lebih ramai Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat yang mempunyai daya intelektual lebih tinggi, mempunyai daya pemikiran aras tinggi yang lebih kreatif dan kritis serta melahirkan tenaga pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing 

Tatacara Permohonan:
Permohonan adalah melalui Markas/ Bahagian masing-masing ke MTU-BSM (Latih).

Pendidikan
Kumpulan Sasar

Pegawai Dan Anggota Lain-Lain Pangkat TUDM

Syarat Permohonan

Terbuka kepada Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat TUDM daripada semua Cawangan berdasarkan keperluan kepakaran bagi setiap peringkat organisasi untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Kadar Bantuan

Tidak Berkenaan

FAQ

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.airforce.mil.my/index.php/bm/. Permohonan adalah melalui Markas/ Bahagian masing-masing ke MTU-BSM (Latih).

Agensi Pelaksana

Kementerian Pertahanan