Skip to main content

Keterangan:
Bantuan Anak Pelihara (BAP) di Sabah adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) kepada keluarga yang memelihara kanak-kanak yang memerlukan, seperti anak yatim atau anak yatim piatu. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga yang menjaga kanak-kanak tersebut.

Objektif:
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Tatacara Permohonan:
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah/ Daerah Kecil di Negeri Sabah. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Umum
Kumpulan Sasar
  1. Warganegara Malaysia Dan Bermastautin Di Malaysia
  2. Keluarga Yang Sedang Memberi Jagaan Kepada Kanak-kanak
Syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
    2. Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia;
    3. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
    4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  3. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:
    1. I.Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    2. II. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mhkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
    3. III. Kanak-kanak yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan serta bukan melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan mana-mana Undang-Undang Mahkamah berkaitan; atau
    4. IV. Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak.
Kadar Bantuan

RM250.00 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih

FAQ

Tidak Berkenaan

Agensi Pelaksana

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am

Mohon di sini
https://swaa.sabah.gov.my/